Saturday, June 30, 2007

9 Cara memilih bidang perniagaan

Jumpa lagi! Kali ini aku terbaca satu majalah berkenaan bagaimana cara untuk memilih perniagaan yang sesuai dengan diri kita. Tips yang diberikan ini akan aku terangkan kemudian sebab tak sempat nak huraikan. So aku hanya tulis cara2 jer......kalau ader masa, aku akan huraikan kemudian. Diharap tips ini dapat membantu anda diSANA!

  • Jadikan hobi anda satu perniagaan
  • Barang atau Perkhidmatan yang anda cari tidak terjumpa, jadikan peluang bisnes
  • Selesaikan satu masalah, panjangkan kepakaran ini kepada orang lain
  • Mulakan satu tabiat atau keghairahan terhadap satu perkara
  • Gunakan pengalaman di tempat kerja sekarang
  • Ambil idea lama, berikannya nafas baru
  • Syarikat-syarikat besar tidak mampu buat sendiri
  • Kaji trend terkini: Gunakan masalah sebagai peluang
  • Ambil kegagalan orang lain untuk melancarkan produk anda

Monday, June 18, 2007

Projek Ubi Kayu dan Limau Nipis




Projek pertanian nie pulak adalah projek ayah aku..... Dia baru jer pencen so dia buat projek ubi kayu dan limau nipis...... Projek limau nipis dah lama dah manakala projek ubi kayu baru start awal tahun nie..... Benih ubi kayu di ambil kat Bukit Bangkong Selangor..... Sambil tue kitaorg pegi nengok kilang proses ubi kayu.....

Saturday, June 16, 2007

Projek kambing





Selain projek dadih, adik-adik aku juga sedang membuat projek kambing. Waktu mula-mula dulu hanya ada 2 ekor kambing. Selepas 3 bulan, dah ada hampir 20ekor dan kandang kambing juga pun baru dibuat. Kandang kambing tue diaorg buat sendiri jer.....Kos dah kurang! Kalu buat mmg kos nak mulakan memang tinggi.....
Kandang yang diaorg buat boleh memuatkan 50ekor kambing..... Adik aku sorang tue memang ada diploma awam dan pernah kerja dgn construction company sbb tue dia pandai buat kandang kambing.....Kalu ada sesapa nak buatkan kandang kambing dgn harga yg murah, boleh contact abang dia.....hehehehhehe......






Friday, June 15, 2007

Sori dah lama tak menulis....

A'kum semua.....sori dah lebih sebulan tak menulis kat dalam blog nie..... Bukannyer apa, blogspot dah kena blok kat opis aku....so susah nak update aku punyer blog nie. Bila kat kedai (nak guna wifi), SLOW ler pulak...... Kat umah tak der line telepon sebab rumah baru, maka tak dapat ler nak update selalu.....

Perkembangan terkini, ramai jugak yang minta PROGRAM EXCEL DADIH aku tue. Aku tak der hal punyer.....sesapa nak boleh email aku kat fazrul76@tm.net.my. Buat masa ini ramai wanita yg mintak compare dengan lelaki..... Maknanya ramai juga kaum wanita yg berminat utk buat bizness dadih nie.....TERUSKAN.......