Tuesday, July 03, 2007

9 Cara memilih bidang perniagaan(sambungan)

Jadikan hobi anda suatu perniagaan
Apabila kita melakukan sesuatu yang kita minat, ianya boleh membuka peluang kepada kita. Konfuzi(Ilmuan Cina) pernah menyatakan, “Jika anda lakukan apa yang anda minat, anda tidak perlu bekerja walaupun sehari dalam kehidupan anda.”

Barang atau Perkhidmatan yang anda cari tidak terjumpa, jadikan peluang bisnes
Beberapa orang ibu mencari pendidikan tadika yang mempunyai ciri-ciri: Islamik, Moden dan bahasa inggeris. Kegagalan untuk menemui perkhidmatan yang memenuhi cirri-ciri yang dikehendaki menyebabkan mereka membuka tadika yang mempunya ciri-ciri yang dikehendaki. Selepas 20 tahun, mereka mempunyai cawangan 20 tadika diseluruh negara.

Selesaikan satu masalah, panjangkan kepakaran ini kepada orang lain
Idea perniagaan mungkin datang secara tidak dirancang. Teknik penyelesaian yang dihasilkan daripada projek pengajian sarjana atau ijazah yang anda lakukan, mungkin memberi idea untuk anda menjalankan perniagaan.

Mulakan satu tabiat atau keghairahan terhadap satu perkara
Tabiat manusia adalah ingin mencuba perkara yang baru manakala perkara yang lama tidak akan dilakukan lagi. Perkara yang baru ini perlu dibuat secara persendirian dahulu. Setelah yakin dan selesa dengan perkara baru yang kita buat maka kita boleh menyebarkan perkara baru yang kita buat kepada orang ramai dan yang paling penting ialah JUAL perkara baru tersebut!

Gunakan pengalaman di tempat kerja sekarang
Walaubagaimanapun perkara yang paling mudah untuk memilih bidang perniagaan adalah meneruskan perkara yang kita buat sekarang. Dengan kata lain, gunakan pengalaman kerja anda sebagai peluang untuk memilih bidang perniagaan anda.

Ambil idea lama, berikannya nafas baru
Idea yang HEBAT tidak semestinya boleh membuatkan sesuatu perniagaan itu berjaya. Mungkin perkara yang biasa juga boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada anda tetapi perkara biasa tersebut perlu diubahsuai supaya ianya nampak menarik minat orang untuk membelinya.

Syarikat-syarikat besar tidak mampu buat sendiri
Dunia perniagaan memerlukan fokus atau pengkhususan. Apabila satu syarikat ingin melakukan semuanya sekali(dia nak BOLOT kat dia sorang) akan menyebabkan hilang fokus seterusnya kualiti produk atau kerja akan jatuh. Oleh yang demikian, syarikat besar(contoh: pasaraya besar) akan menggunakan pihak ketiga untuk membuat pembekalan kepada syarikat tersebut. Siapa pihak ketiga tersebut? ANDA lah…………..

Kaji trend terkini: Gunakan masalah sebagai peluang
Usahawan adalah seorang manusia yang hebat kerana mereka ini nampak masalah orang ramai adalah peluang perniagaan. Jika kita lihat musim JEREBU, kesannya adalah terhadap kesihatan orang ramai akan terjejas tetapi tidak kepada klinik-klinik dan juga farmasi-farmasi. Ubat-ubatan mereka akan laku seterusnya mereka akan meraih keuntungan…….

Ambil kegagalan orang lain untuk melancarkan produk anda
Jika produk atau perkhidmatan itu gagal di Jerantut-Pahang, mungkin di tempat lain akan memberi keuntungan kepada anda.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home