Sunday, March 18, 2007

Apa itu dadih?


Daripada laman web www.statcounter.com, aku boleh tahu blog aku nie telah dimasuki oleh sesiapa didunia nie selain Malaysia. Maka blog yg aku buat nie telah menembusi di negara Indonesia, Brunei, Singapura, China, UK dan South Africa. Mungkin ramai orang-orang yang memahami bahasa Melayu berada di sana tapi yang pasti negara Indonesia, Brunei dan Singapura tahu bahasa Melayu kot!

Oleh yang demikian, di sini aku nak terangkan sedikit apa itu dadih? Dadih adalah sejenis makanan seperti agar-agar tetapi bukan agar-agar dan nak kata seperti Yogurt tapi bukan Yogurt. Dadih nie adalah adik-beradik agar-agar dan Yogurt.

Bahan utama dadih adalah susu segar. Selain susu segar: agar-agar dan gula juga kandungan bahan dalam dadih. Dadih nie sedap dimakan ketika sejuk kerana untuk menyediakan dadih, dadih perlu ditempatkan dalam peti sejuk pada suhu 5°C. Selain itu, dadih juga mudah basi jika cara penyimpanan tidak betul.

Dadih boleh diperolehi dalam banyak perisa: Jagung, Susu, Keladi, Coklat, Strawberi dan Pisang. Mungkin ada banyak lagi perisa yang aku pun tak berapa tahu. Selain itu ada juga pengusaha dadih telah membuat dadih berperisa herba. Rasanya.....ntah! Aku pun tak tau...... Aku tgh carik jugak nie. Aku tau pun sebab pernah keluar kat surat khabar......

2 Comments:

Blogger novia calista said...

peace fr indonesia :D

4:56 AM  
Blogger Unknown said...

Saya mohon maaf jika teguran saya menyinggung saudara/saudari. Definasi dadih saudara/saudari adalah menyimpang sama sekali. Apa yang saudara/saudari terangkan adalah agar-agar susu bukanlah dadih. Ini adalah kekeliruan yang sedang berleluasa buat masa ini khas kepada anak-anak muda. Dadih yang sebenar hanyalah susu yang ditapaikan tanpa apa-apa perisa atau gula. Cuma dadih yang dimasak sahaja mungkin ditambah gula. Sila buat kajian terperinci sebelum menulis. Sekali lagi harap maaf jika teguran saya ini menyinggung saudara/saudari.

9:45 AM  

Post a Comment

<< Home