Tuesday, February 20, 2007

Perniagaan Dadih: Adik-adik aku

Bila aku sampai kat rumah memang aku terkejut bila adik2 aku cakap yg diaorg dah jual produk dadih. Produk dadih tue mengikut 100% ramuan yg aku bagi melalui software yg aku buat. Aku pun dengan perasaan ingin tahu tanya ler kat diaorg kat mana diaorg jual dan mcmmana hasilnya?

Adik2 aku jual kat sekolah menengah. Diaorg cuma jual 50 cups kecil. Harga yg diletak adalah 50sen/cup. Kos upah kat orang jual adalah 10sen/cup. Org yg jual tue cakap, DADIH HABIS DIJUAL dalam masa 15MINIT sahaja! Kemudian org yg jual tue nak order lagi....

Adik aku dah survey, kat kawasan rumah(rumah kampung aku ler) kitaorg tue ada 13 sekolah. Kalau satu sekolah letak 50cups, maka 10 sekolah adalah sebanyak 500cups. Keuntungan bersih untuk cup kecil adalah 20sen/cup. Maka 500cups x 20sen/cup = RM100/sehari. Kalau seminggu = RM500 dan kalau sebulan = RM2000 dan kalau setahun = RM 24,000

hehehehhe.......itu TEORI sahaja.....Aku berharap perniagaan dadih adik2 aku akan berjaya satu hari nanti. Kalau diaorg senang hati, aku pun senang jugak!

Selain pada itu jika sesiapa inginkan PROGRAM PERNIAGAAN DADIH a'an, sila hubungi aku melalui email fazrul76@tm.net.my atau melalui hp 019-6957675

0 Comments:

Post a Comment

<< Home