Sunday, August 26, 2007

Pengalaman membuat dadih

Hari nie aku ada dpt sms dr seseorang utk mengetahui tempat kursus belajar membuat dadih. Pada pendapat aku, adalah lebih baik nengok aku punyer program excel dadih tue.....kemudian buat dulu utk tahu kat mana masalahnyer.....Lepas tue baru pergi kursus. Kursus yg aku tahu adalah di ITKAU sahaja.... Daripada situ kite boleh tanya masalah kita tadi..... Kalu nak belajar dgn aku, BOLEH jer tapi musti ada pengerasnyer..... Aku kalau ajar mesti sampai pandai....Apamacam mau belajar buat dadih? email kat aku fazrul76@tm.net.my

Friday, August 10, 2007

Program Excel Dadih

Masih ada sesiapa yg inginkan program excel dadih tue? Buat masa nie, nampak gayanya macam dapat sambutan. Sementara mood aku nie baik adalah diharapkan supaya segera memberi email dan aku akan menghantar secara free jer.....

Diharap pada sesapa yg dah menggunakan program tersebut dapat memberi komen agar aku dapat menambahbaikan program aku tue....... Contact aku di fazrul76@tm.net.my utk maklumat lanjut..............

Tuesday, August 07, 2007

Dadih dan Cleopatra

Ari nie aku nak ceritakan hubungan dadih dengan Permaisuri Mesir iaitu Cleopatra. Kalau korang nak tau dgn lebih dekat Cleopatra tue, korang carik kat ruang library kat hujung-kanan-bawah blog aku nie. Ingatkan Indonesia dan Malaysia jer ada dadih, rupa-rupanya kat Mesir dah ada jugak.....Maknanya dadih nie dah wujud berkurun lamanya cume kat Malaysia nie jer yg dikomersilkan....... Ceritenyer macam nie:

CLEOPATRA, Permaisuri Mesir dan wanita pertama yang dianggap memiliki segala-galanya, memanjakan diri beliau dengan menikmati mandian yang disediakan daripada susu keldai. Kejelitaannya menjadi legenda sehingga pelbagai langkah diambil bagi memahami mengapa beliau memilih susu dan bukan wangian serta rempah ratus eksotik yang berada dalam tangannya.

Ini membuktikan bahawa Cleopatra menggunakan akal untuk menambah kecantikan dan kesihatan dirinya. Beliau tahu bahawa sinar matahari yang membakar di bumi Mesir dan terik silauan yang memantul daripada pasir gurun akan menjejas dan mengeringkan kulit, mengakibatkan kulit berkedut, bertompok-tompok dan menjadi kasar. Jadi beliau mencari penawar terbaik iaitu susu masam yang pada dasarnya adalah dadih untuk melembap, menulen dan melindungi kulitnya.