Tuesday, December 26, 2006

Rombongan Kilang Dadih

Minggu pertama tahun depan 2007, aku bercadang untuk melawat kilang dadih. Aku nak nengok apa yang boleh aku dapat daripada lawatan tersebut. Aku difahamkan, kilang dadih nie diusahakan oleh orang muda. Baguslah.....muda-muda dah bukak kilang.

So aku akan set appointment untuk tujuan lawatan tersebut. Harap-harap tokey kilang benarkan aku membuat lawatan.

Monday, December 25, 2006

Ketahanan Dadih

Minggu nie aku akan melihat sejauh mana ketahanan dadih aku nie. Drp pelajaran yg aku tahu, dadih yg aku akan hasilkan hanya mampu bertahan selama 7hari. Walaubagaimanapun aku masih perlu menjalankan eksperimen untuk mendapatkan kepastian.

Bukannya apa kalau dadih dapat tahan 7hari, maknanya OKlah.....kalau dapat lebih 7hari, Alhamdulillah......kalau kurang dari 7hari, peninglah.....

Kesimpulannya: Hari nie dah masuk hari yang ke 5 tetapi dadih aku still maintain jer....

Wednesday, December 20, 2006

Kursus Pemasaran & Promosi

Bulan disember nie mmg byk kursus yang aku masuk. Minggu kedua, aku pergi kursus cara membuat dadih di ITKAU. Minggu ketiga, aku pergi kursus pemasaran & promosi yang dianjurkan oleh Jabatan Nenas Negara,

Banyak input yang aku dapat dari kursus nie. Topik yang disentuh dalam kursus ini adalah:
  1. Pemasaran Masa Kini
  2. Pengenalan kepada campuran pemasaran
  3. Kaedah & Bahan promosi
  4. Maklumat Pasaran
  5. Pelan Pemasaran
  6. Simulasi Pemasaran
  7. Kejurujualan
  8. Pengurusan Pelanggan

Tuesday, December 19, 2006

Kursus di ITKAU


Dah lama tak tulis dalam blog nie.... busy sebab pergi kursus dadih yang dianjurkan oleh ITKAU. Sesiapa yang nak tahu kursus yang ditawarkan boleh melayari laman web www.itkau.edu.my
Banyak kursus yang ditawarkan di ITKAU termasuklah cara membuat dadih.

Bagi aku, kursus ini sangat bagus bagi sesapa yang ingin menjual produk sebabnya bahan-bahan yang digunakan sangat sesuai. Walaubagaimanapun kita kenalah ubah sikit mengikut citarasa kita dan pelanggan. Ianya penting bagi untuk identiti produk kita jugak.....

So lepas balik kursus tue, dah byk R&D yang aku buat. Bahan eksperimen aku adalah wife dan anak-anak aku. Aku akan jadikan kengkawan aku bahan eksperimen apabila aku rasa puashati dengan dadih aku nie dan aku akan start jual apabila kengkawan puas hati dengan dadih aku nie.