Monday, January 22, 2007

SELAMAT TAHUN BARU 1428 Hijrah

Selamat menyambut tahun baru 1428 Hijrah. Diharap sempena tahun baru nie, aku dapat berhijrah dari yg kurang elok kepada elok, dr yg tiada kepada diadakan.... Insya Allah, Tidak berapa lama lagi dadih a'an akan berada dipasaran. Sekarang masih memperbaiki design tue...tak siap2 lagi. Biasalah, orang yg buatkan....

Wednesday, January 17, 2007

Dadih Segar a'an

Aku baru jer terima logo berkenaan logo dadih aku nie. Logo dadih nie, member aku yg buat. Aku rasa dia buat logo nie tak sampai sehari pun sebab petang semalam aku jumpa dia, mintak tolong buat logo dadih aku nie. Pagi tadi aku dapat email, dah siap logo dadih aku nie.....

Apamacam? OK tak? Kalau nak komen atau komplen bg tau terutama logo HALAL JAKIM tue... Mungkin logo tue akan diubah....Nanti kena saman, HILANG AKAL..... Belum apa2 lagi dah kena SAMAN.....

Kepada member aku yg buat logo dadih nie, terima kasih berbanyak. Kepada sesapa yg nak minta member aku tue buat logo utk produk korang sila bg tau aku dulu. Nanti aku rekemenkan dan dapat diskaun untuk korang.......

Monday, January 15, 2007

Penjenamaan Dadih

Berita terbaru dadih aku adalah sticker atau pelekat kat bekas dadih aku tue. Aku dah survey dan tanya kedai2 yg boleh membuat sticker nie......harganya memang berpatutan iaitu RM1000....... Itu baru sticker jer......pening jugak kapla nie......

Selepas perbincangan dan tanya pendapat tokey tue, dia suruh aku:
1. design sendiri
2. beli kertas sticker sendiri
3. potong kertas sticker tue guna gunting sendiri

Tokey tue akan charge aku RM1.50 sekeping utk print sahaja..... Itu pun satu warna jer kalu pelbagai warna, RM3 sekeping...... Belum start lagi dah ada cabaran dan dugaan. Heheheheh.... baru berkembang minda dan otak nie.....

Saturday, January 13, 2007

Dadih Herba Berkhasiat

Berita Harian, 30 Jan 2004

SELAIN buah-buahan, herba turut dijadikan sebagai sebahagian daripada ramuan dadih. Selain menambah nilai dan khasiatnya, ia turut memenuhi kehendak orang ramai yang ingin mendapat khasiat dadih tetapi dalam ‘suatu rasa baru’ tetapi menyelerakan. Ini kerana rasa asli dadih umumnya kurang disenangi kerana ia agak masam, kurang sedap selain berbau basi.

Menyedari hal itu, Magic Foods Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar minuman berjenama Sunglo menghasilkan empat produk dadih bercampur herba, iaitu chamomile (kamomil), melisse, fennel (jintan hitam) dan echinacea yang kini berada di pasaran. Dengan kandungan 200 ml pada harga RM2.40, ia berkhasiat dadih serta herba itu memberikan nilai belian yang baik kepada pengguna dalam menjaga kesihatan tubuh badan.

Pengarah urusannya, Jan M Gomez, yang juga berjaya menghasilkan ramuan itu, berkata beliau mengambil masa antara tiga hingga empat tahun menghasilkan produk itu. Ini disebabkan bukan semua herba sesuai dengan campuran dadih. “Sesetengah sari herba rosak atau menjadikan dadih berwarna kurang menarik tetapi herba terpilih ini menghasilkan warna sekata, cantik serta tidak terlalu keras rasanya,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, herba yang diimport dari Eropah itu mampu meningkatkan kesihatan tubuh dan dadih pula khasiatnya tidak terhingga. Justeru, menerusi campuran itu menjadikan makanan berkenaan ‘double power’ (dua kali kuasa) kepada tubuh. “Kamomil yang terkenal dengan kehebatannya dalam ramuan kecantikan turut dikesan mampu menenangkan fikiran. Ia juga mampu melegakan simptom sejuk badan, kejang dan sakit perut akibat gangguan penghadaman. Jintan hitam pula mampu merangsang selera makan.

“Kajian terbaru menunjukkan herba echinacea yang turut dikenali ‘coneflower’ berkesan dalam mengelakkan dan mengurangkan gejala selesema, manakala melisse mampu mengurangkan tekanan, sakit kepala dan masalah tidur,” katanya. Produk pertama di Asia Tenggara itu dikatakan tiada kesan sampingan dan alahan kepada individu yang mengambilnya kerana kandungan itu sesuai untuk keperluan tubuh.

Selepas berada di pasaran beberapa bulan lalu, ia mendapat sambutan menggalakkan dan syarikatnya kini masih dalam proses mendapatkan timbal balas daripada orang ramai terhadap produk itu. Menyingkap mengenai minatnya terhadap menghasilkan dadih, Gomez yang juga bekas guru sekolah menengah berkata, ia timbul hasil pelawaan rakan untuk berniaga dadih pada 1983. “Saya berasal dari Australia tetapi sudah lama menetap di Malaysia. Kami memulakan perniagaan kecil — Sunglo dengan produk sulung ‘Natural Yogurt’, kemudian menghasilkan dadih buah-buahan dan seterusnya dadih herba,” katanya, yang menyatakan rakan sepejabat memberi galakan terhadap produk dadih herba berkenaan.

Sementara itu, Gomez berkata, masyarakat negara ini perlu meningkatkan kesedaran dalam pengambilan makanan yang kaya khasiat terutama produk tenusu kerana ia masih kurang mendapat perhatian. “Ibu bapa seharusnya memulakan langkah berkenaan dengan mengambil produk itu selain memperkenalkan kepada anak kerana ia adalah permulaan kepada amalan pemakanan yang sihat dan baik,” katanya yang menyatakan akan meluaskan penghasilan dadih dengan pelbagai herba lagi pada masa depan.

Friday, January 12, 2007

Dadih bantu melansingkan badan

Berita Harian, 30 Jan 2004
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

PENGAMBILAN yogurt atau dadih sebagai sumber kalsium dalam masyarakat negara ini masih rendah. Jika dibandingkan dari segi jantina, lelaki paling kurang mengambilnya kerana rasanya yang agak masam menyebabkan ia tidak digemari.

Tetapi sebagai pilihan, pelbagai dadih di pasaran keluaran pelbagai syarikat serta dihasilkan daripada campuran buah-buahan dan herba sedikit sebanyak menggalakkan orang ramai mengambilnya dalam pemakanan harian.

Dalam pada itu, pantang larang dalam masyarakat terhadap pengambilan dadih juga menyebabkan ia bukan makanan terkenal di negara ini malah Perunding Dietetik, Farah Diba Khan (gambar), berkata segelintir menjadikan ia makanan larangan bagi wanita hamil dan dalam pantang kerana ia dikatakan ‘makanan sejuk’.

“Hakikatnya tiada kajian menunjukkan dadih tidak baik untuk wanita hamil dan dalam pantang, ia hanyalah kepercayaan yang tidak berasas. Kenapa dadih elok diambil pada paras yang sejuk ialah bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan terbaik pada tubuh. Pada tahap panas ia menyebabkan bakteria berkenaan pasif,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, bakteria dalam dadih berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa (gula semula jadi dalam susu). Bakteria itu bertindak secara merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma ‘tidak baik’ hidup di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

Sementara itu, katanya, bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk tubuh asal, dadih adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

“Antara khasiat dadih yang amat tinggi nilainya ialah mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu di samping kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

“Sungguhpun begitu, dadih saja bukanlah diet terbaik sebaliknya perlu diikuti dengan makanan daripada sumber lain seperti karbohidrat dan protein yang turut penting kepada tubuh dan memulihkan segala luka.

“Umumnya, tiada had pengambilan dadih dalam sehari malah ia sesuai dimakan atau diambil oleh semua peringkat usia tetapi seeloknya dimulakan pada peringkat kanak-kanak lagi kerana ia mengandungi kandungan kalsium yang tinggi seperti susu dan sekali gus membantu tumbesaran, membina tulang dan gigi yang kuat,” katanya.

Sementara itu, katanya, bayi atau kanak-kanak yang tidak serasi atau alah dengan susu boleh menggantikan dengan dadih atau mencampurkannya ke dalam susu sebagai sumber dalam makanannya.

“Berbanding dadih, susu dan makanan bersusu yang lain mengandungi sejenis gula yang dipanggil laktosa. Bagaimanapun, ada yang tidak boleh minum susu kerana tubuh mereka tidak mampu menghasilkan enzim laktik yang dapat membantu menghadamkan laktosa.

“Penyakit sukar penghadaman yang disebabkan oleh laktosa dialami oleh pelbagai peringkat usia, termasuk bayi. Ia kerap berlaku selepas minum susu, aiskrim atau keju. Antara tanda penghidapnya ialah cirit-birit, senak perut dan loya. Jika seseorang itu mengalami reaksi ‘gangguan dalam perut’ (gastrointestinal) selepas makan bahan bersusu, dia mungkin mengalami penyakit itu,” katanya.

Beliau berkata, bagi orang dewasa yang biasanya tidak gemar minum susu, elok menggantikannya dengan dadih bagi memastikan pengambilan kalsium berterusan sepanjang hayat dan memastikan pembekuan darah yang betul, kesihatan otot serta fungsi saraf apabila usia semakin meningkat. Menyedari khasiat dadih, beliau menyarankan supaya ibu bapa segera memperkenalkannya kepada anak masing-masing. Selain berbentuk dadih, ia juga kini disediakan berbentuk minuman.

Thursday, January 11, 2007

Dadih yang basi

Gambar : Dadih jagung yang dah basi
Gambar di atas adalah contoh dimana dadih jagung yang telah basi disebabkan dadih tersebut berair dan warnanya telah menukar bentuk ke bentuk lain. Warna asal dadih jagung adalah warna kuning cair tetapi kalau nengok kat sekeliling atau tepi bulatan tue dadih dah bertukar warna ke kuning pekat.
Aku tak test pulak, nanti aku pulak sakit perut. Aku rasa sepatutnya kita perlu hasilkan satu alat untuk mengukur tahap kebasian. So daripada alat tue kita tahu yang alat nie basi atau tidak. Takkan nak test guna perut, hilang AKAL apa?
Diharap kpd penggemar dadih dan pembaca sekurang2nya mengetahui bagaimana bentuk dadih apabila dah basi.

Monday, January 08, 2007

Hasil Ketahanan Dadih

Setelah sabar menunggu dadih yg aku buat untuk menjadi berair atau basi.....aku dapati bahawa ketahanan dadih aku adalah melebihi 7 hari tapi masalahnya aku tak tau berapa lebihnya. Sebab utamanya aku tak der kat rumah waktu lebih dari 7 hari tue......balik kampung ler (RAYA HAJI).....

SELAMAT TAHUN BARU

Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua. Pada tahun baru nie, aku dah pergi melawat kilang dadih. Sebenarnya kilang dadih nie adalah dibawah naungan Jabatan Susu.

Bahan-bahan yg diaorg guna adalah susu segar, agar2, gula dan perisa. Harga jualan untuk cup kecil adalah 70sen dan cup besar adalah RM1.20. Pasaran diaorg adalah di sekolah2...... So kepada sesiapa yg nak buat dadih, mungkin dah dapat idea sikit........