Thursday, October 19, 2006

Memulakan bisnes sendiri

Memulakan bisnes sendiri.....adalah tajuk buku yang dikarang oleh Ainon Mohd.

Aku dah habis baca buku nie hanya dlm masa sehari, itu tak penting.....yang paling penting adalah apa yang aku dapat atau pengajaran yang aku dapat dari buku tersebut. Walaupun baca sejam dah habis tapi tak paham tak guna jugak.....

Bagi aku buku MEMULAKAN BISNES SENDIRI memang wajib dibaca oleh semua bakal-bakal usahawan dan juga kepada usahawan yang sedia ada kerana buku ini menceritakan pengalaman penulis dan juga pengalaman usahawan yang lain dalam menempuh gelombang sebenar dunia keusahawanan.

Bila baca buku nie, cuak pun ada sbb takut nak berniaga bila melihatkan cabaran-cabaran yang tak disangka-sangka wujud. Memang tensen.....walau bagaimanapun aku perlu positifkan ia supaya projek yang aku nak buat tak akan separuh jalan. Oleh yang demikian, segala cerita yang cuba disampaikan oleh penulis akan aku ambil sebagai iktibar dan jadikan panduan supaya aku tak buat perkara yang tak sepatutnya dibuat dalam dunia usahawan.

Ada pakar motivasi kata: kesilapan pertama adalah pengajaran kepada aku. Kesilapan yang sama buat kali kedua adalah kebodohan aku sendiri. Dan juga kesilapan juga akan membuatkan aku akan menjadi jauh kehadapan kerana kesilapan yang aku buat adalah pengajaran paling berguna tetapi janganlah sengaja mencari silap.....itu nak cari nahas!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home