Wednesday, February 28, 2007

Surah Yusuf 47-49

47. Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa, maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan"

48. Kemudian sesudah itu akan datang 7 tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit) kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang akan kamu simpan.

49. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memeras anggur.

Baca dan fahamilah ayat-ayat Al-Quran di atas. Walaupun ianya berlaku di Zaman Nabi Yusuf tapi perlu diINGAT bahawa Al-Quran relevan sehingga Hari Kiamat. Maknanya, ayat di atas adalah relevan dengan zaman kita sekarang.

Tuesday, February 20, 2007

Perniagaan Dadih: Adik-adik aku

Bila aku sampai kat rumah memang aku terkejut bila adik2 aku cakap yg diaorg dah jual produk dadih. Produk dadih tue mengikut 100% ramuan yg aku bagi melalui software yg aku buat. Aku pun dengan perasaan ingin tahu tanya ler kat diaorg kat mana diaorg jual dan mcmmana hasilnya?

Adik2 aku jual kat sekolah menengah. Diaorg cuma jual 50 cups kecil. Harga yg diletak adalah 50sen/cup. Kos upah kat orang jual adalah 10sen/cup. Org yg jual tue cakap, DADIH HABIS DIJUAL dalam masa 15MINIT sahaja! Kemudian org yg jual tue nak order lagi....

Adik aku dah survey, kat kawasan rumah(rumah kampung aku ler) kitaorg tue ada 13 sekolah. Kalau satu sekolah letak 50cups, maka 10 sekolah adalah sebanyak 500cups. Keuntungan bersih untuk cup kecil adalah 20sen/cup. Maka 500cups x 20sen/cup = RM100/sehari. Kalau seminggu = RM500 dan kalau sebulan = RM2000 dan kalau setahun = RM 24,000

hehehehhe.......itu TEORI sahaja.....Aku berharap perniagaan dadih adik2 aku akan berjaya satu hari nanti. Kalau diaorg senang hati, aku pun senang jugak!

Selain pada itu jika sesiapa inginkan PROGRAM PERNIAGAAN DADIH a'an, sila hubungi aku melalui email fazrul76@tm.net.my atau melalui hp 019-6957675

Program Membuat Dadih

Cuti raya Cina 2007 aku balik kampung. Dah lama tak balik(sebulan lebih jugak lah), tetiba family aku cakap diaorg dah start jual dadih menggunakan ramuan aku tue.

Sebenarnya aku bagi ramuan aku tue dalam bentuk excell. Ini memudahkan kerja diaorg utk menimbang kandungan yg betul setiap bahan yg diperlukan untuk membuat dadih. Maksudnya bila nak guna air 10 liter, maka secara automatik kandungan bahan2 lain akan tertera mengikut nisbah yg aku set kan dlm program yg aku buat tue. Disamping itu, aku masukkan sekali kos-kos yang terlibat untuk membuat dadih. Bila key in 10 liter air, program tue akan bg tau kos untuk 10liter air dan juga kos untuk 1 cup. Dengan adanya program nie, ianya memudahkan adik2 aku untuk membuat analisa dari segi kos dan juga menyediakan bahan-bahan untuk membuat dadih.

Apa yg terjadi dengan perniagaan dadih adik2 aku tue? Nanti aku bg tau........

Ramuan Dadih

Untuk pengetahuan semua, aku sebenarnya telah berjaya mendapatkan satu ramuan dadih. Aku dah buat dan test kat org-org yg terdekat dengan aku. Aku bagi diaorg rasa termasuklah family aku iaitu mak-ayah aku. Kesemuanya mengatakan BEST!

Aku pun bagi ler ramuan dadih yg aku create nie kat family aku sebabnya adik-adik aku mmg diaorg nak buat biznes sendiri. Diaorg dah decide tak nak makan gaji macam aku nie. So aku bagi jer ler ramuan dadih aku nie kat diaorg. Mana tahu kalau diaorg nak berniaga dadih, bolehlah diaorg guna ramuan yg aku buat tue. Sekurang2nya tak payah diaorg buat eksperimen.

Sunday, February 04, 2007

Terima Kasih Kak G & Fakhrul

Pada 1 & 2 Februari 2007, aku telah menerima cadangan, pendapat dan pelawaan oleh pembaca blog aku nie. Mereka adalah Kak G dan Fakhrul. Menurut Kak G, anak Kak G sedang buat biznes dadih di sekolah dan anak dia telah menghasilkan 200 cups seminggu. Itupun dia buat waktu weekend saja. Selain dr itu, Kak G telah bermurah hati memberi tunjuk ajar ttg cara2 untuk membuat dadih. Kak G juga ada blog, sesapa nak nengok blog dia boleh lah lihat blog di: http://resepiogy.blogspot.com. Kak G juga memberi email(lambaiandanaukem@yahoo.com ) jika aku mempunyai masalah dadih.....TERIMA KASIH Kak G

Terima kasih juga diatas pelawaan Fakhrul. Fakhrul juga ahli perniagaan dadih di Kota Bharu Kelantan. Beliau turut memberi email (myfakhrul@yahoo.com ) dan juga hp(012-9521678). TERIMA KASIH Fakhrul