Tuesday, March 27, 2007

Perniagaan Dadih

Sekarang nie, perniagaan dadih adik2 aku telah bertambah maju. First time hantar 50 cups jer untuk satu sekolah tapi sekarang nie permintaan telah bertambah kepada 200 cups sehari untuk SATU SEKOLAH! Boleh tahan jugak!

Sehinggakan cups kat pasaraya habis dibolot oleh adik2 aku jer ler.....Cuba bayangkan: Katakanlah sehari 200cups, maka seminggu(5hari) = 1000 cups. Aku dipahamkan mereka telah membeli peti ais yang besar untuk menampung biznes dadih diaorg.....Harga peti ais adalah RM2000. Nanti bila aku balik kampung, aku akan amik gambar peti ais tu.....

Baru2 nie, parent aku melawat kat rumah aku.....Diaorg pesan bahan2 buat dadih dgn cups sekali.....Habis dekat RM300 jugak ler aku nengok! Tapi itu hanya stok untuk 5 hari jer..... Minggu depan kena beli lain ler pulak.....

Aku harap artikel ini dapat menaikkan semangat pada para pengganggur dan memberi sedikit idea kepada pembaca yang menginginkan idea untuk melakukan biznes.....
START SMALL THINKING BIG

Sunday, March 18, 2007

Apa itu dadih?


Daripada laman web www.statcounter.com, aku boleh tahu blog aku nie telah dimasuki oleh sesiapa didunia nie selain Malaysia. Maka blog yg aku buat nie telah menembusi di negara Indonesia, Brunei, Singapura, China, UK dan South Africa. Mungkin ramai orang-orang yang memahami bahasa Melayu berada di sana tapi yang pasti negara Indonesia, Brunei dan Singapura tahu bahasa Melayu kot!

Oleh yang demikian, di sini aku nak terangkan sedikit apa itu dadih? Dadih adalah sejenis makanan seperti agar-agar tetapi bukan agar-agar dan nak kata seperti Yogurt tapi bukan Yogurt. Dadih nie adalah adik-beradik agar-agar dan Yogurt.

Bahan utama dadih adalah susu segar. Selain susu segar: agar-agar dan gula juga kandungan bahan dalam dadih. Dadih nie sedap dimakan ketika sejuk kerana untuk menyediakan dadih, dadih perlu ditempatkan dalam peti sejuk pada suhu 5°C. Selain itu, dadih juga mudah basi jika cara penyimpanan tidak betul.

Dadih boleh diperolehi dalam banyak perisa: Jagung, Susu, Keladi, Coklat, Strawberi dan Pisang. Mungkin ada banyak lagi perisa yang aku pun tak berapa tahu. Selain itu ada juga pengusaha dadih telah membuat dadih berperisa herba. Rasanya.....ntah! Aku pun tak tau...... Aku tgh carik jugak nie. Aku tau pun sebab pernah keluar kat surat khabar......

Monday, March 05, 2007

Kos Dadih : Gaji sendiri

Gaji sendiri iaitu gaji kita yang membuat dadih perlu dimasukan dalam pengiraan kos. Gaji sangat penting, oleh sebab tue kita kena masukkan dlm pengiraan kos. Selalunya ramai diantara kita termasuk aku berpendapat, gaji kita adalah keuntungan kepada barang yang kita jual tapi pendapat itu adalah SALAH.

Aku telah dicelikkan perkara ini ketika aku pergi kursus perniagaan yang telah dianjurkan oleh badan kerajaan. Penceramah tersebut mengatakan, gaji kita perlu dimasukkan dalam kos pengiraan. Ini bermakna keuntungan yang kita dapat adalah bonus kepada kita. Kalau harga jual sama dengan harga kos, ini bermakna kita hanya dapat gaji jer lah......BONUS tarak!

Kos gaji adalah amat berkaitan dengan masa. Berapa lama kita menjalankan kerja-kerja dalam satu hari. Kemudian berapa kita rasakan gaji yang kita mahukan..... Daripada data-data tersebut, kita boleh mengira berapa kos gaji yang sebenarnya.

Program Excel Dadih

Ini adalah contoh Program Dadih yang telah aku buat. Program nie boleh memberi berat kandungan bahan yang diperlukan secara automatik mengikut kapasiti air yang kita gunakan. Jika kita nak buat 3 liter air, maka Program Dadih ini akan mengira secara auto berapa banyak kandungan bahan lain yang diperlukan.

Selain daripada itu, kos-kos yang terlibat dalam membuat dadih juga dapat dikira melalui Program Dadih ini. Misalnya kos bahan mentah, kos elektrik, kos air, kos bekas dan sudu dadih, gaji kita, gas, minyak kereta dll.

Program ini juga sebenarnya boleh digunakan untuk semua perusahaan kecil dan sederhana seperti perusahaan kerepek, roti, kuih dll. Diharap Program Dadih ini dapat memberi idea kepada pengusaha-pengusaha perusahaan kecil dan sederhana.

Dadih : Program Excel

Assalamualaikum semua,

Tak sangka pulak program excel dadih yang aku buat dapat sambutan yang menggalakan. Insya Allah, aku akan siapkan secepat yang mungkin sebab ada beberapa perkara yang perlu kemaskinikan setelah mendapat maklumbalas drp adik aku yang menggunakannya. Kalau nak bagi kat orang lain tue, biarlah yang bagus tapi kalau tak bagus minta maaflah yer sebab aku dah bagi yang terbaik. Lagipun FREE jer kan?

Untuk pengetahuan semua terutamanya bagi mereka yang inginkan Program Excel Dadih tersebut, resepi yang digunakan adalah dari resepi.net. Resepi Dadih a'an adalah berbeza dengan resepi dadih yang terdapat dalam Program Excel Dadih nie. Lagipun kalau boleh anda cari resepi dadih anda sendiri supaya bila orang makan dadih anda, mereka akan ingat itu adalah dadih anda.

Program Excel Dadih yang dibangunkan adalah semata-mata membantu anda untuk memudahkan anda mengira kos yang terlibat dalam membuat dadih. Anda boleh menggunakan Program Excel Dadih yang telah dibuat mengikut resepi dadih anda sendiri. So daripada situ anda boleh mengira kos yang terlibat untuk satu cup.

Resepi dadih yang didalam Program Excel Dadih adalah seperti berikut:
Bahan-Bahan
10 gram agar-agar
6 botol air (ikut saiz 500ml mineral water)
1 tin susu cair
3 senduk gula
5 senduk susu tepung (ikut suka)
pewarna yang disukai.

Cara
1. Masak agar-agar sehingga larut.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga hancur.
3. Kisarkan susu cair dan susu tepung.
4. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam larutan agar-agar tadi.
5. Tuang dalam bekas dan sejukkan.