Tuesday, October 31, 2006

Cerita Saya - Lim Goh Tong


Semalam aku baru beli buku Cerita Saya-Lim Goh Tong. Kulit buku seperti yang aku attachkan nie. Aku baru habis separuh buku jer. Insya Allah, ari nie habis ler tue.

Walaupun baru separuh buku aku baca tetapi banyak perkara yang dapat aku belajar. Tapi yang pastinya, bukannya sesuatu yang mudah untuk menjalankan perniagaan. Pengalaman beliau memang amat sangat berharga dan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi pengalaman suka duka ketika mengharungi dunia perniagaan.

Bila baca buku Cerita Saya-Lim Goh Tong, aku sungguh rasa takut untuk mengharungi dunia bisnez nie. Sesungguhnya memang aku respek kat beliau kerana mampu dan BERJAYA dalam segala halangan walaupun orang lain tak mampu nak buat. Walaubagaimanapun aku tetap perlu teruskan niat aku nie kerana aku sangat yakin pada sabda Nabi Muhammad s.a.w bahawa berniaga adalah 9/10 dari punca rezeki.

Oleh yang demikian, pengalaman yang beliau kongsi didalam buku Cerita Saya-Lim Goh Tong ini dapat aku jadikan sebagai panduan dan terus bersemangat untuk aku ceburi dunia perniagaan ini.

Sorry! Aku tak dapat nak cerita lebih2 dalam buku ini kerana bagi aku setiap pembaca akan memperolehi perkara yang berbeza walaupun apa yang dibaca adalah sama. Maksud aku adalah, jika aku baca: aku akan dapat pada part2 yang aku rasa ini penting tapi jika orang lain baca mungkin part2 yang aku rasa tak berapa penting tetapi orang lain yang membaca akan berasa part itu penting. Oleh itu, kepada sesapa yang masih belum dapatkan buku nie, sila dapatkan satu. Aku tak dapat apa-apa keuntungan pun kalau ada orang membeli buku ini tapi aku rasa bertanggungjawab untuk berkongsi apa yang aku tahu.







0 Comments:

Post a Comment

<< Home