Tuesday, October 31, 2006

Cerita Saya - Lim Goh Tong


Semalam aku baru beli buku Cerita Saya-Lim Goh Tong. Kulit buku seperti yang aku attachkan nie. Aku baru habis separuh buku jer. Insya Allah, ari nie habis ler tue.

Walaupun baru separuh buku aku baca tetapi banyak perkara yang dapat aku belajar. Tapi yang pastinya, bukannya sesuatu yang mudah untuk menjalankan perniagaan. Pengalaman beliau memang amat sangat berharga dan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi pengalaman suka duka ketika mengharungi dunia perniagaan.

Bila baca buku Cerita Saya-Lim Goh Tong, aku sungguh rasa takut untuk mengharungi dunia bisnez nie. Sesungguhnya memang aku respek kat beliau kerana mampu dan BERJAYA dalam segala halangan walaupun orang lain tak mampu nak buat. Walaubagaimanapun aku tetap perlu teruskan niat aku nie kerana aku sangat yakin pada sabda Nabi Muhammad s.a.w bahawa berniaga adalah 9/10 dari punca rezeki.

Oleh yang demikian, pengalaman yang beliau kongsi didalam buku Cerita Saya-Lim Goh Tong ini dapat aku jadikan sebagai panduan dan terus bersemangat untuk aku ceburi dunia perniagaan ini.

Sorry! Aku tak dapat nak cerita lebih2 dalam buku ini kerana bagi aku setiap pembaca akan memperolehi perkara yang berbeza walaupun apa yang dibaca adalah sama. Maksud aku adalah, jika aku baca: aku akan dapat pada part2 yang aku rasa ini penting tapi jika orang lain baca mungkin part2 yang aku rasa tak berapa penting tetapi orang lain yang membaca akan berasa part itu penting. Oleh itu, kepada sesapa yang masih belum dapatkan buku nie, sila dapatkan satu. Aku tak dapat apa-apa keuntungan pun kalau ada orang membeli buku ini tapi aku rasa bertanggungjawab untuk berkongsi apa yang aku tahu.







Sunday, October 29, 2006

balik raya

baru jer lepas raya....masih terasa raya lagi nie....balik raya baru nie, aku tak sempat nak menjelaskan projek aku secara khusus kat mak-ayah aku sebab mak-ayah aku terlampau sibuk. Biasalah.....nak RAYA! Walaubagaimanapun aku ceritakan projek pada mak aku secara umum. Nampak dia OK jer....aku rasa biar aku ON dulu projek nie dan dapat hasil baru aku cerita dengan lebih khusus..... Kalau tak nanti dia ingat aku nie macam Mat Jenin.....

Sebenarnya Mat Jenin tue bagus jugak sbb dia ada idea tetapi masalahnya adalah dia tak usahakan jer..... Bagi aku, yang paling penting adalah idea atau bahasa kasarnya adalah angan-angan. Kalau ada duit yang banyak tapi tak der idea, susah jugak nak berniaga sbb duit tue tak tau nak buat apa.

Member aku pernah kena situasi tue. Dia ada kawan Pak Arab yang datang melancong kat sini. Pak Arab tue tawarkan duit yang banyak kat member aku nie dengan syarat dia mesti tunjuk bisness yang baik kat Pak Arab nie. Pak Arab bagi tempoh 3 bulan kat member aku nie untuk cari projek yang boleh dibuat. Biasaklah tue, kalu kiter ke oversea maximum melancong 3 bulan. Lebih 3 bulan dikira PATI.....hehheheheheh......

Balik cerita pasal member aku dgn Pak Arab tadi. Member aku nie cari ler peluang bisness yang bagus sbb duit tak der masalah. Masalah besar adalah nak berniaga apa! Member aku nie call KFC, Petronas dll tetapi semuanya ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Masa terus berjalan dan berjalan sehingga 3 bulan lamanya. Akhirnya Pak Arab tue terus jalan ke negaranya balik sebab member aku nie tak jumpa bisness yang sesuai.

Cerita nie memang betul-betul terjadi kat member aku. Bukannya aku nak reka-reka cerita. So kesimpulannya adalah, kita perlu ada idea untuk menjalankan bisness bukannya duit. Duit adalah nombor 2 dan pertama adalah idea. Bagaimana nak dapat IDEA? IDEA.....IDEA.....

Aku akan bagitau macammana nak dapat idea.....tunggu keluaran yang akan datang..... Aku dapat nie pun dr member aku yang berniaga, dr jutawan tanah: Azizi Ali dan dari pengalaman aku.........see u next episode

Thursday, October 19, 2006

Memulakan bisnes sendiri

Memulakan bisnes sendiri.....adalah tajuk buku yang dikarang oleh Ainon Mohd.

Aku dah habis baca buku nie hanya dlm masa sehari, itu tak penting.....yang paling penting adalah apa yang aku dapat atau pengajaran yang aku dapat dari buku tersebut. Walaupun baca sejam dah habis tapi tak paham tak guna jugak.....

Bagi aku buku MEMULAKAN BISNES SENDIRI memang wajib dibaca oleh semua bakal-bakal usahawan dan juga kepada usahawan yang sedia ada kerana buku ini menceritakan pengalaman penulis dan juga pengalaman usahawan yang lain dalam menempuh gelombang sebenar dunia keusahawanan.

Bila baca buku nie, cuak pun ada sbb takut nak berniaga bila melihatkan cabaran-cabaran yang tak disangka-sangka wujud. Memang tensen.....walau bagaimanapun aku perlu positifkan ia supaya projek yang aku nak buat tak akan separuh jalan. Oleh yang demikian, segala cerita yang cuba disampaikan oleh penulis akan aku ambil sebagai iktibar dan jadikan panduan supaya aku tak buat perkara yang tak sepatutnya dibuat dalam dunia usahawan.

Ada pakar motivasi kata: kesilapan pertama adalah pengajaran kepada aku. Kesilapan yang sama buat kali kedua adalah kebodohan aku sendiri. Dan juga kesilapan juga akan membuatkan aku akan menjadi jauh kehadapan kerana kesilapan yang aku buat adalah pengajaran paling berguna tetapi janganlah sengaja mencari silap.....itu nak cari nahas!

Dadih Impian

inilah impian aku.....impian aku adalah untuk menjadi tokey dadih seantaro dunia......aminnnn.....

test market sebelum buat

Waktu aku drive kereta tetiba aku teringat kata-kata yang dipetik dr sebuah buku yang menyatakan supaya kita test market dulu kemudian kalau OK baru buat produk tue....
hmmmm.....kalau sekali imbas memang OK tapi nanti tak menganiya orang ker? Yer lah cuba korang pikir:
katakanlah aku nak jual dadih,so sebelum aku jual dadih adalah sebaiknya aku test market dengan cara menjual dadih-dadih yang dibuat oleh makcik-makcik kat pasar malam tue. Amik komisyen ler dr makcik tue, bila nampak bizness ada maju & tau selok belok meniaga dadih nie aku chabut lah.....buat bizness sendiri lagi baik.....

so aku buat sendiri dadih, then aku jual kat customer aku yang lama & kenal tue.....OK tak hah? Macam potong line makcik yg membantu aku membekal dadih jer..... mesti perasaan makcik tue nanti punah ranah....

Tapi menurut Datuk Dr Fadhilah Kamsah: kita kalau nak buat duit, tak boleh ada alasan sbb kita ada dua jalan.....satu: jalan utk buat duit..... dua:jalan utk buat alasan......so kita tak boleh berada di dua jalan dalam satu masa. Ini dah lumrah alam.....so aku kena pilih satu saja.....kalu pilih buat duit, aku tak boleh cari alasan....kalu aku buat alasan, aku tak boleh cari duit......

hmmmm.....so belasah jer ler......lepas raya 2006 nanti aku nak contact pengeluar dadih dan aku akan menjadi pembekal dadih.....kalu aku dapat untung 10sen pun takpa sbb tujuan sebenar aku adalah untuk mendapatkan atau mencari agen dadih aku.....bila dah berlambak agen, aku akan buat sendiri dadih tue menyebabkan dadih makcik pasar malam kena reject ler.....kesian pulak....tapi itu kira alasan ker?

Tuesday, October 17, 2006

cerita motivasi

Semalam aku ada join satu forum berkenaan bizness. So ader sorang mamat nie telah menulis cerita yg sangat menarik utk aku kongsi pd sesapa yg terbaca blog aku nie. Citernya camni:

Hari-hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.

Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. 'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu.

Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima.

Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. S

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya.

Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25.Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ?

Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!

Diharap cerita yang disampaikan dapat dijadikan renungan kiter bersama...........

Monday, October 16, 2006

pendapat member

korang tau kan aku semangat nak buat perusahaan dadih nie..... hhhhmmmm....ada sorang member aku cakap buat dadih nie leceh dan memerlukan masa, tenaga dan wang ringgit yg byk utk berjaya sbb harga dadih kecik.....so kalau nak jual dadih perlu volume yg besar menyebabkan penjual dadih perlu ada business plan utk jual dadih......terima kasih diucapkan kpd kawan aku tue....apa yg dia cakap mmg betul dan ikhlas utk tolong aku...... terima kasih skali lagi.....

tapi bila aku baca buku OKB yg ditulis oleh Chef Li(aku dah cakap, kalu buku motivasi nie mmg aku tau lah tapi tak gerak jer.....): Chef Li cakap kita boleh jadi jutawan dgn memilih biznes yg kite nak buat sbb biznes nie luas. Kita boleh pilih biznes yg harga 1 produk tue RM1 juta atau harga 1 produk tue RM1. Kalau aku pilih produk yg bernilai RM1 juta, maka aku perlu masuk dlm biznes hartanah dan seumpama dengannya tapi adakah aku mampu dr segi ilmu pengetahuan, modal, jati diri dll. Disamping tue, pelanggan aku adalah mesti dr golongan elit.....hmmmmm org elit ada berapa kerat kat malaysia?

Tapi kalau aku pilih produk yg bernilai RM 1, maka aku juga perlu mencari ilmu pengetahuan, modal dll tetapi dgn status aku nie aku rasa aku hanya layak dengan produk yg bernilai RM1. Pelanggan aku sudah semestinya rakyat Malaysia yg sebanyak 24juta org nie.... ye la budak2 la nie pun tak heran dgn singgit tue.....Dan aku suka dengan pendapat member aku sorang lagi tue: THINK BIG,START SMALL.......

walaupun aku dah byk membebel tapi usaha masih tak jalan lagi....hhhmmmm......cakap tak serupa bikin ler aku nie.....insya Allah bulan Oktober 2006 adalah bulan ramadhan so bulan nie aku akan pohon doa kpd Allah kerana Dialah pemberi rezeki dan semangat kepada aku..... bulan November 2006 aku akan cuba mencari ilmu selok belok berkenaan dadih nie...... bulan Disember 2006, aku akan start kursus dadih aku. Habis kursus aku mesti try dan cuba bg sesedap yg mungkin mengikut kos dll. Disamping tue aku akan bg free kat member2 aku dan saudara mara aku produk aku nie sbb nak tengok komen diaorg....... Januari 2007 aku akan kemaskinikan projek aku nie........DAN FEBRUARI 2007......projek bermula................tapi apa strategi pemasaran aku?

buku motivasi

hmmm......aku rasa dah berpuluh buku motivasi jugak aku baca tapi semuanya haprak...... bukan buku tue yang haprak tapi aku nie yang haprak.....semangat jer lebih tapi habuk pun tarak.....cakap jer buku apa? azizi ali, irfan khairi, chef li, robert kiyosaki, rosli jamal, datuk fadilah kamsah dan yang terbaru ainon mohd. Ada yang pernah aku jumpa penulisnya dan ada juga yang aku berbual melalui ym tapi semuanya sia2 belaka....

bukannyer aku tak usaha tapi usaha aku nie mcm kurang berhasil.....hehehehhe.....bunyi macam org putus harapankan? tapi sebenarnya aku memasang niat kat diri aku nie utk meneruskan biznes sehingga berjaya.....aku telah bernekad bahawa biznes yang aku buat sekarang akan aku genggam sampai bara api.......

selain daripada itu, aku jugak dah bertekad bahawa aku akan berhenti makan gaji pada mac 2008 dan meneruskan bizness aku nie. Semoga Allah perkenankan doa aku ini....aminnnn.....

sebenarnya aku nak biznes dadih......sbb tue aku kena belajar utk buat dadih..... buat masa nie, apa yg aku tau hanya masak air dan goreng teloq......hehehehhe....aku dah pun register kursus buat dadih di chef li iaitu di ITKAU pada bulan dec 2006.....so aku cuma ader masa 1 tahun utk merialisasikan harapan aku untuk tidak makan gaji.....itu adalah langkah pertama aku untuk menuju ke masa depan yg lebih gemilang, cemerlang dan terbilang......

cuti raya(2006) nie, aku nak mintak restu kat mak-ayah aku dan mak-ayah mertua aku.... aku nak explain kat diaorg projek aku nie....so bila tiba masanya nanti, tak lah dia org terkejut........ w/bgmanapun isteri aku dah merestui projek aku nie.....heheheheh itu langkah pertama aku untuk bizness dadih nie.....

langkah kedua: aku kena belajar dgn org yg pernah buat dadih....nak tau jugak apa masalah yg akan terjelma bila buat dadih nie.....buat masa nie mmg aku tak jumpa lagi usahawan yg buat dadih secara komersial....tapi usahawan yg kat pasar malam mmg banyak.....sebenarnya utk permulaan mmg aku nak buat kat pasar malam pun.....bila dah cukup modal baru ler expand bizness tue.....bg aku apa yg penting, aku mesti tau selok belok berniaga dadih nie..... misalannya: berapa lama tahan? leceh atau lama ker buatnyer? dll....ye la....aku nie pun tengah makan gaji....kalu buat dadih nie leceh bile masa aku nak buat dan bile mase aku nak jual kat pasar malam..........

langkah ketiga: tungggu...............................