Tuesday, November 21, 2006

Khasiat Dadih

Disini aku ingin berkongsi maklumat berkenaan khasiat dadih. Maklumat ini aku perolehi daripada bahan-bahan yang aku gunakan untuk membuat dadih. Oleh itu khasiat utama dadih adalah untuk:

TULANG
1. Kalsium
:: Pembinaan tulang dan gigi

2. Vitamin D3
:: Penyerapan kalsium

3. Magnesium
:: Meningkatkan penyerapan & pengekalan kalsium

TUBUH
1. Protein
:: Pertumbuhan & perkembangan tisu badan

2. Zat Besi
:: Membantu pembentukan sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan termasuk sel & tisu badan

3. Vitamin C
:: Membantu penyerapan Zat Besi

TENAGA
1. Vitamin B1,B2,B3
:: Membebaskan tenaga dari protein, lemak dan karbohidrat

Semoga maklumat ini dapat menyedarkan bahawa dadih adalah satu produk makanan tempatan yang sangat berkhasiat. Kita sebagai rakyat Malaysia, perlu menyokong produk tempatan seterusnya memelihara badan kita........

Ubahsuai resepi dadih

Sebelum nie aku ada buat sendiri dadih dengan menggunakan resepi aku sendiri. Semenjak kejadian tue, aku telah mengubahsuai sedikit resepi dadih aku supaya dadih aku akan menjadi lebih baik dari semalam sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah menyebut orang yang cemerlang dan terbilang adalah orang yang lebih baik dari semalam. So aku kena ler berubah.... takkan nak hidang dadih cair kat member-member lagi kot!

Bahan-bahan yang aku guna masih sama cuma kuantiti bahan ajer yang berbeza terutama agar-agar dan gula. Aku telah menambahkan kuantiti agar-agar dari 2.5 gram ke 5 gram untuk 4 cawan air. Kemudian aku kurangkan sedikit kuantiti gula dari 1 cawan ke 1/2 cawan gula. Cara membuat dadih masih sama.

Pemerhatian:
Pemerhatian dibuat oleh isteri aku dan aku sahaja.....member2 tak dapat nak jadi bahan eksperimen sbb diaorg tak datang beraya! Dari pemerhatian aku dan isteri aku, dadih yang kali nie adalah lebih dari semalam sebab dadih kali nie tak terlampau cair dan tak terlampau manis.

Kesimpulan:
Dadih kali nie berjaya......alhamdulillah........

Tindakan:
Aku akan bagi test kat jiran aku untuk bagi komen sbb dia peminat dadih..... hehehheh...... sorang lagi mangsa ujikaji dadih..........

Monday, November 20, 2006

Kajian memproses dadih

Baru-baru nie, aku telah menjalankan kajian untuk menghasilkan dadih berpandukan resepi-resepi dadih yang terdapat di internet. Daripada resepi dadih yang aku perolehi, aku simpulkan menjadi satu resepi dadih sahaja. Resepi dadih yang telah aku simpulkan adalah seperti nie....

Bahan-Bahan
  • Agar-agar (2.5 gram)
  • Air (4 cawan)
  • Susu tepung(1 cawan)
  • Susu cair (1/2 tin)
  • Gula (1 cawan)
  • Garam sesedap rasa
  • Perisa & pewarna yg dibenarkan

Cara

Masak air sehingga mendidih. Kemudian masukkan agar-agar yang telah direndamkan. Pastikan yang agar-agar dah larut bersama-sama air. Seterusnya masukkan gula.

Selepas gula telah larut di dalam air, masukkan susu cair ke dalam periuk. Sebatikan susu cair yang dimasukkan dengan air di dalam periuk.

Masukkan susu tepung sehingga susu tepung larut bersama-sama dengan air.

Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan juga perisa & pewarna. Sejukkan di dalam peti ais. Hasilnya adalah seperti kat bawah nie.........


Pemerhatian:

Hasil kajian ini diperolehi dari pemerhatian aku, isteri aku dan juga kengkawan yang datang beraya kat rumah aku.....hehehhehe.....diaorg dah jadi bahan eksperimen aku...... Hasil pemerhatian didapati bahawa:

  • Dadih terlebih manis sebab manyak letak gula
  • Dadih terlampau cair sebab kurang letak agar-agar

Kesimpulan:

Dadih yang akan datang perlu kurangkan gula dan juga tambahkan sedikit lagi agar-agar supaya dadih akan menjadi lembut dan tidak terlampau cair.

Sunday, November 19, 2006

Projek Dadih 1

Cuti hujung minggu penuh dengan kontroversi. Bunyi macam best jer.... Sebenarnya cuti hujung minggu aku buat dadih. Aku tengok resepi kat dalam internet. Banyak resepi untuk buat dadih kat dalam internet so aku pilih yg paling mudah, simple dan kurang belanja.....

So bila ku kaji dan kaji akhirnya aku dapat simpulkan bahawa bahan utama untuk buat dadih nie adalah:
  1. Air
  2. Susu tepung
  3. Gula
  4. Agar-agar

Bahan-bahan ini sangat penting untuk membuat dadih. Kalau nak perisa jagung, strawberry beli jer kat kedai....Pastu campur jer....Nanti aku ceritakan pengalaman pertama aku membuat dadih...... Seronok dan best.......

Thursday, November 16, 2006

Tauke Al-Ikhsan penyumbang zakat kedua terbesar di Johor

PENAMPILANNYA begitu ringkas dan tidak siapa menyangka beliau memiliki 32 rangkaian perniagaan runcit di seluruh negara, selepas memulakan perniagaan tidak sampai 12 tahun.

Siapa sangka anak muda berusia 36 tahun, berasal dari Skudai, Johor, ini kini adalah juga adalah penyumbang zakat kedua terbesar di Johor tahun lalu, selepas Tabung Haji.

Bukan anak orang kaya, malah pernah gagal mendapat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan, semata-mata kerana tidak dapat menyediakan cagaran.

Ali Hassan Mohd Hassan, Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, tidak memerlukan tali leher dan bilik berhawa dingin untuk mengemudi empayar peragaan runcit barangan sukan berjenama terkemuka di negara ini.

Falsafah perniagaannya mudah: Buat sesuatu dengan bersungguh dan selebihnya berserah kepada takdir. Tetapi setiap yang dibuat mesti disertai dengan niat yang betul, dan jangan sekali-kali tinggal sembahyang lima waktu kerana itu adalah tunjang hidup, serta bersedekah dan jangan abaikan kedua ibu-bapa.

Juga sentiasa pasrah dengan ketentuan yang Maha Esa, katanya, beliau tidak pernah merancang apa yang hendak dilakukan setiap hari, tetapi setiap yang dilalui dibuat dengan kesungguhan yang tidak berbelah bagi.

Mengulas mengenai kesungguhannya dalam membangunkan Al-Ikhsan, Ali Hassan berkata, banyak perkara yang dibuatnya mengikut kata hati, dan jarang mendengar kata orang kerana hanya diri sendiri yang faham kehendak sendiri dan yang akan berdepan sebarang halangan serta apa juga cabaran yang mendatang.

Namun, katanya, kata hati tidak diikuti membuta tuli, kerana setiap langkah yang mahu diambil, akan dibuat penganalisaan dan kajian dari segi keperluan dan pasaran.

Berniaga dalam bidang runcit bukan dibuat dengan membuta tuli, tapi kena kaji pasaran dan fahami keperluan masyarakat,katanya yang tidak menafikan kesukaran hidup masa kecil membuatkan beliau tabah untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

Masih mencari ilmu agama untuk melengkapkan diri sebelum menutup mata, beliau berazam mewakafkan semua hartanya kepada sebuah yayasan yang ditubuhkan sendiri untuk kegunaan generasi di masa depan.

Bila sudah sampai masa saya, saya tidak mahu pegang walaupun seringgit, dan yang ada bukan lagi milik saya, kerana harta itu akan ditanya di akhirat kelak, dan berat tanggungannya bagi seorang insan, katanya yang berhasrat membuka 30 lagi cawangan Al-Ikhsan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun lagi.

Resepi Dadih

Seorang kawan aku ada memberi resepi untuk membuat dadih. Dia ambik resepi dadih dari laman web www.resipi.net. So kepada sesapa yang nak buat dadih boleh lah nengok laman web resipi.net. Di laman web nie ada pelbagai jenis dadih yang boleh dihasilkan. Jenis-jenis dadih yang diberikan oleh resipi.net ini adalah:

  1. Dadih Mudah
  2. Dadih Eonis
  3. Dadih Sedap
  4. Dadih Segar
  5. Dadih Istimewa
  6. Dadih Mocca
  7. Dadih Lollipop

Disamping resepi dadih-dadih yang ada di resipi.net, aku juga akan mengkaji resepi yang akan diberikan oleh pihak ITKAU nanti. Bukannya apa, aku pernah terbaca buku yang mana: Kita boleh menghasilkan produk yang sangat bagus tetapi tidak semestinya produk tersebut BAGUS untuk dijual.

Apa maknanya? Maknanya, jika kita pandai membuat dadih yang paling best didunia ini tapi harga kos untuk membuat dadih yang paling best didunia ini tidak dapat menampung harga jualan dadih....apa gunanya? Maksud yang lebih jelas: Jika kita buat dadih paling best didunia dengan kos RM0.80 (tak termasuk minyak kete + dadih yg tak terjual) tetapi harga jualan RM1.00. Itu maknanya memberi SEDEKAH dan bukannya BERNIAGA. Semakin banyak dadih yang dijual, semakin RUGI perniagaan kita. Lainlah kalau kita up kan harga dadih menjadi RM2 tapi kena bersaing dgn harga dadih RM1 ler.....

Kalau kita pernah baca jutawan senyap yang ditulis oleh Chef Li, orang Malaysia nie tak kan hirau atau kesah dengan barang RM1. Diaorang takkan tawarkan harga tersebut....So? Sebab itu aku kena pergi jugak belajar untuk membuat dadih di ITKAU kerana aku percaya resipi dadih di ITKAU adalah untuk dijual dan sedap dimakan.

Pak Jagat pernah berpesan dgn aku: kalau nak niaga biar dua-dua puas hati iaitu pelanggan puas hati dan peniaga jugak puas hati. Kalau pelanggan puas hati tapi peniaga susah hati, peniaga jugak rugi. Kalau pelanggan susah hati tapi peniaga puas hati, peniaga jugak rugi. Oleh yang demikian, biar sama-sama puas hati......Apamacam puas hati?

Wednesday, November 15, 2006

Teknik Pemasaran Dadih

Teknik pemasaran dadih yang disyorkan oleh Pak Jagat kepada aku melalui emailnya akan aku terangkan. Sebenarnya dia memberi aku butir-butir yang perlu diisi, kemudian daripada data yang aku isi nanti akan dijadikan sebagai panduan untuk memasarkan dadih aku.

1. Apa yang perlu Bakal Pengusaha lakukan :
  • Dapatkan senarai sekolah yang berhampiran
  • Dapatkan senarai asrama yang berhampiran
  • Dapatkan senarai universiti atau kolej yang berhampiran
  • Dapatkan senarai kantin kilang yang berhampiran
  • Dapatkan senarai kedai runcit yang berhampiran
  • Dapatkan senarai restoran yang berhampiran
  • Dapatkan senarai pasar malam yang berhampiran
  • Dapatkan senarai penjaja jalanan yang berhampiran

2. Buat senarai kumpulan sasaran seperti diatas yang mempunyai potensi untuk berurusan dan bekerjasama di dalam perniagaan ini.

3. Buat temujanji dan perbincangan untuk mendapatkan persetujuan untuk penghantaran dadih harian

Mungkin apa yang aku tulis ini dapat membantu atau mencetuskan sedikit idea untuk merancang biznes. Bukan sahaja biznes dadih yang boleh digunapakai tapi mungkin boleh digunapakai untuk semua biznes yang lain.




Tuesday, November 14, 2006

Pekerja TM

Aku terperanjat bila melihat gambar kat atas nie yang aku terima dari email. Memang kesian.... tak tau nasib kita macam mana? Aku harap semoga pekerja TM tabah menghadapi ujian dan cabaran.

Sebenarnya apabila aku melihat gambar nie kepala aku terus terlintas muka Robert Kiyosaki sbb apa yg dikatakan dalam bukunya "RICH DAD, POOR DAD" adalah betul. So kepada sesapa yang belum membaca buku tersebut, aku amat-amat mengesyorkan supaya membaca terutama orang yang sedang bekerja makan gaji macam aku nie......Bukan apa, sediakan payung sebelum hujan........

Monday, November 13, 2006

Keperluan Memasak Dadih

Disini aku ingin senaraikan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membuat dadih menurut Pak Jagat:
1. Dapur High Pressure
2. Pelaras Gas
3. Periuk 550ml 36”
4. Penapis 8”
5. Baldi
6. Jag Air
7. Penyukat
8. Sudu Sukat
9. Penimbang 1Kg
10. Pemotong

Senarai dibawah adalah untuk bahan memasak:
1. Tepung Susu Krim 25Kg
2. Agar-Agar Putih
3. Gula Halus 50Kg
4. Susu Isian Sejat (Kotak)
5. Garam Halus 1Kg
6. Ibu Dadih 1Kg

Senarai bahan pembungkusan pula adalah seperti berikut:
1. Cup 380+382C
2. Cup 381+381C
3. Kotak Gabus Putih Besar (70 Cup)
4. Kotak Gabus Putih Kecil (30 Cup)
5. Sudu
6. Plastik Beg
7. Resit Jualan
8. Mesin Tape Harga + Pelekat Harga

Diatas adalah serba sedikit senarai barang-barang atau keperluan-keperluan untuk menghasilkan dadih yg BEST! Senarai diatas adalah hasil sumbangan dari Pak Jagat.

Memasarkan Dadih

Langkah seterusnya untuk projek dadih aku nie adalah untuk mengenalpasti tempat-tempat yang sesuai untuk aku letakkan dadih-dadih aku nanti. Ini bermakna aku kena merancang strategi untuk memasarkan dadih aku nie samada aku nak guna formasi 4-4-2(cara biasa), 5-3-2(lebih banyak bertahan) atau 3-5-2(menyerang).

Walaupun dadih belum ada tapi menurut Pak Jagat aku kena susun strategi pemasaran dari sekarang. Jika produk kita hebat tapi strategi pemasaran macam HARAM, ianya akan mendatangkan kerugian. Jika strategi pemasaran kita hebat tapi produk macam HARAM, ianya akan mengundangkan kecelakaan. Tapi jika produk kita hebat dan strategi pemasaran kita pun hebat, Insya Allah ianya akan mendatangkan kebahagiaan......

Rahmat Allah

Sebelum nie aku ada dengar kaset: Langkah bijak menjadi usahawan cemerlang oleh Datuk Dr Fadilah Kamsah. Beliau ada menyebut bahawa Rahmat dari Allah sangat penting dalam perniagaan. Jika tiada Rahmat dari Allah bermakna amat susah untuk kita berjaya dalam perniagaan.

Beliau juga menasihatkan jika kita berjaya dalam perniagaan adalah bukan kerana kebijaksanaan kita tetapi adalah datangnya dari Rahmat Allah. So tak perlulah kita nak berlagak sombong jika kita berjaya kerana semuanya datang dari Allah.

Semalam (Ahad, 12 Nov 2006), aku berborak dengan saudara aku. Dia banyak baca buku agama. Dia tanya aku,"Kau tau tak mengapa doa kita tak dimakbulkan oleh Allah?". Peh..... menarik soalan nie.....Aku terus jawab,"Tak tau.....kenapa doa tak dimakbulkan Allah?". Dia terus buka buku agama dan tunjukkan kat aku huraian hadis dimana: Doa tak dimakbulkan oleh Allah kerana Allah tak turunkan Rahmat kepada kita. So apa yang penting sekarang adalah pohon doa kepada Allah untuk dapatkan Rahmat dari Allah dan kemudian diikuti dengan perkara yang ingin kita pinta dengan Allah. Insya Allah, semoga dengan artikel ini dapat menyedarkan kita semua bahawa Rahmat Allah tersangat penting untuk kita semua berjaya.

Sunday, November 12, 2006

Perjumpaan dgn Pak Jagat

Semalam Ahad(12 November 2006 bersamaan 21 Syawal) aku baru berjumpa dengan Pak Jagat. Terima Kasih Pak Jagat! Memang banyak info yang sangat berguna aku dapat dari Pak Jagat. Banyak topik yang aku bincangkan, bukan saja pasal dadih malah masa depan aku pun aku turut berkongsi dengan Pak Jagat. Walaupun tak pernah berjumpa tapi macam dah lama jer kenal......

Pelajaran yang aku dapat dari perjumpaan dengan Pak Jagat:
  1. Pasaran dadih: Jangan tumpu hanya di pasar malam sahaja tetapi luaskan pasaran ke tempat-tempat lain seperti restoran, universiti, kolej, sekolah dll
  2. Bilangan: Keuntungan dadih adalah kecil, maka kita perlukan bilangan dadih yang besar untuk membuat keuntungan.
  3. Keuntungan: Kos membuat dadih adalah kurang dari 40sen(katakanlah 35sen per cawan) dan harga jualan adalah Rm1.20 per cawan. Maka kita perlu anggarkan kos sebenar dadih adalah 2 kali ganda kos iaitu 70sen kerana tidak semua dadih yang kita buat akan jual. Contoh: Kita buat 100 cawan dan selalunya yg terjual adalah 50 cawan(50%), maka baki 50cawan yang tak terjual akan kita tanggung. So? Paham-paham jer ler...... Sediakan payung sebelum hujan..........
  4. Lokasi: Kena buat banyak tempat dan kawasan sbb biznes dadih nie sangat bergantung dengan bilangan.
  5. Bahan: Kena buat R&D...... Dadih yg nak di buat mestilah lain dr yg lain. Kalau sama, byk ler pulak pesaing tapi kalau lain maka kurang ler pesaing walaupun produk yg sama.....

Aku rasa itu jer kot...nanti kalau aku ingat lagi akan aku tulis lagi untuk pengetahuan semua. Ilmu yang aku sampaikan ini diharap dapat digunakan kepada pembaca sekalian......

Friday, November 10, 2006

Permulaan biznes dadih

Hari ahad iaitu 12 November 2006, aku akan jumpa orang yang pernah membuat dadih. Bagi aku beliau mempunyai pengalaman untuk buat dadih. Aku dah call dia untuk set appointment dan dia bersetuju untuk jumpa aku di Kajang. Dia yang aku kenal adalah Pak Jagat tapi sebenarnya aku tak pernah jumpa dia pun. Aku kenal dia pun dari satu forum perniagaan di internet.

Aku pernah hantar email dan tanya berkenaan dadih, Pak Jagat dengan pantas membalas email aku dengan memberi maklumat yang sangat berguna kepada aku. Bagi aku, amat sukar untuk mencari usahawan Melayu seperti Pak Jagat untuk memberi ilmu dan pengalaman berkenaan bisnes dadih nie sedangkan aku memang tak pernah jumpa dia. Terima kasih Pak Jagat....... Jasamu tetap ku kenang...............

Aku amat berharap perjumpaan aku dengan Pak Jagat akan memberi sinar dalam bisnes dadih aku. Sekurang-kurangnya adalah sedikit ilmu untuk aku bawa sebelum aku pergi latihan buat dadih yang dikendalikan oleh pihak ITKAU......

Tuesday, November 07, 2006

makan gaji vs niaga (Grand Finale)

Akhirnya aku pun buat keputusan untuk berubah dan mesti berubah dan terus berubah untuk masa depan aku. Memang lah org kata masa depan bg org berniaga tak tentu tapi bagi aku, aku percaya jika plan yg betul, cara yang betul, niat yang betul dan fikiran yang betul.....Insya Allah, Allah akan bersama-sama aku. Jika baca buku Chef Li: jika kabel kita dengan ALLAH kuat, insya Allah adalah habuannya nanti...

Saturday, November 04, 2006

makan gaji vs niaga 2


Selain daripada membaca buku-buku, aku juga melihat keadaan sekeliling tempat kerja aku dan juga aku juga ada bertanya dengan senior. Untuk pengetahuan semua, dengan takdir tuhan aku telah dipilih untuk pergi kursus di luar negara untuk mendalami bidang yang aku ceburi.

Semasa didalam kursus iaitu waktu rehat sempat jugak aku berborak dengan lecturer aku nie. Lecturer aku nie memang pakar dalam bidang yg aku ceburi nie. Kalau kat dalam dunia nie, dia antara top 10 lah........ Aku tanya lecturer aku nie,"apa yang akan dibuat selepas pencen?". Dia jawab,"Tak tau lagi.....". Dalam hati aku, biar betul mamat nie. Dia tinggal 4 tahun lagi nak pencen. Lepas tue dia tanya aku balik,"Di Malaysia apa yang akan di buat selepas pencen?". Dia tanya balik kat aku pulak. Aku jawab ler,"aku pun tengah cari jawapan tue......".

Terlintas jugak kat kapla aku, jika aku pakar dalam bidang yang aku ceburi sekarang mesti aku jugak akan jadi macam dia jugak satu hari nanti. So aku memang confirm aku mesti berubah dari sekarang iaitu sebelum umur aku 40 tahun. Kalu tidak, aku juga akan menjadi macam lecturer aku tue. Bukannya aku nak merendahkan dia, mungkin itu adalah jalan yang mungkin lecturer aku suka tetapi bagi aku itu bukan jalan yg aku inginkan. Kalau diizin Allah, waktu umur 55 tahun aku tak nak pikir pasal kerja lagi....Biarlah aku lepak dengan anak-cucuc dan beribadat jer.... Malas aku nak sakit kapla lagi pd umur 55 tahun tue.... Salah tak jalan yg aku pilih tue?


bersambung

Thursday, November 02, 2006

makan gaji vs niaga 1

Aku nak cerita sedikit, bagaimana aku boleh terbuka hati untuk berniaga. Aku sekarang nie sedang bekerja di salah sebuah syarikat yang stabil di Malaysia. Syarikat yg aku bekerja nie dah ditubuhkan pada lewat 70an. Maknanya syarikat nie dah berusia hampir 30 tahun.

Pada satu ketika kita selalu dengar pasal VSS. MAS yang besar macam tue pun ada jugak VSS. Aku memang tak sangka! Pernah jugak terlintas kat kapla aku nie kalau aku diminta untuk amik VSS.....so lepas amik VSS aku nak buat apa? Langsung tak tau apa nak buat apa..... Tetiba jer jantung nie terus berdebar sbb risaukan kalau aku pulak mangsa VSS. So jalan penyelesaiannya aku pun bekerja bersungguh-sungguh.

Apa yang bos suruh buat, aku akan buat dan selain dari itu aku akan buat apa yang sepatutnya dibuat sebelum bos arahkan sebab aku memang takut kalau dapat VSS. Dah lah baru kerja, kalau dapat VSS pun berapa banyak sangat? Hutang kereta nak bayar, hutang rumah nak bayar, duit nak makan, duit astro, bil api, bil air, kad prepaid, lampin anak, susu anak, minyak kereta, duit dapur, tol dan byk lagi......

2 tahun aku bekerja bersungguh-sungguh tetapi aku dapat rasakan bahawa ekonomi aku masih macam tue jugak. Bukannya aku tak bersyukur tetapi aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena apa yang aku buat sekarang. Aku pun tercari-cari jugak, apa masalah aku nie. So aku pun beli buku untuk melihat apa yang patut aku lakukan. Diantara buku yang pernah aku baca adalah hasil tulisan dari Rosli Jamal, Dr Irfan Khairi, Azizi Ali, Chef Li, Robert T Kiyosaki, Fuad Latif dan banyak lagi......

bersambung.....

Bagaimana untuk mendapatkan idea

IDEA....adalah satu perkara yang sangat penting dalam membuat sesuatu kerja. Jika tiada IDEA maka ianya terlalu sukar untuk kita menjalankan sesuatu kerja sebab tak tau nak start kat mana dulu. Oleh itu, IDEA memang sangat perlu dan persoalannya adalah BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN IDEA?

Jawapannya adalah mudah sahaja iaitu ILMU. Ya! ilmu............ Jika kita tiada ilmu macammana kita nak buat sesuatu tetapi apabila kita telah ada ilmu, InsyaAllah idea tue datang mencurah-curah. Persoalan yang timbul pulak: BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN ILMU?

Jawapannya pun mudah jugak iaitu CARI ILMU dengan pergi kursus, baca buku, tanya orang yang berpengalaman, pengalaman sendiri dan banyak lagi. Masalahnya sekarang adalah nak praktikkan. Saya teringat kata-kata seorang kawan saya: "kalau kita pandai mengaji Al-Quran tetapi tak pernah mengaji, tak guna jugak. Adalah elok kiranya kalau kita tau mengaji dan praktikan."

Saya ada subscribe Azizi Ali(Jutawan hartanah) punya mail. Ada hamba Allah nie tanya dia,"Saya ada RM10,000. Apakah yang patut saya buat dengan duit RM10,000?". Azizi Ali jawab,"Pergi cari ILMU".

Kalau kita tengok surah pertama yang diturunkan oleh ALLAH kepada umat manusia di dunia ini melalui rasulnya Muhammad s.a.w adalah menuntut ILMU. Kenapa Allah tak turunkan ayat-ayat lain tetapi Allah turunkan ayat berkaitan dengan menuntut ilmu itu yang pertama? Sendiri mau ingatlah............

Wednesday, November 01, 2006

kawan kaya, kawan miskin


macam cerita dalam buku rich dad,poor dad kan? Pernah baca buku nie..... anda disyorkan membeli dan membaca buku ini. Bersama2 ini saya sertakan gambar buku ini dan untuk pengetahuan semua, buku ini telah di alih bahasa ke Bahasa Melayu. So mudah ler nak paham....

Sebenarnya aku ada 2 orang kawan & bagi aku dua2 nie memang kawan kamching aku ler..... Kawan A: seorang peniaga dan kawan B: seorang yang makan gaji di salah sebuah syarikat yang kukuh di Malaysia. Sesungguhnya aku dah bgtau future plan aku dimana aku kalau boleh tak nak makan gaji lagi. So aku citer sikit plan aku dan respon kengkawan aku:
Kawan A: "aku akan support kau. kau teruskan jer plan kau nie. Insya Allah akan berjaya."
Kawan B: "aku akan support kau. kalau boleh kau tunggu stabil then baru berhenti kerja."

Aku tanya ler kawan B aku nie maksud tunggu sampai stabil tue macammana? Dia kata perlu ada rumah yang selesa(besar) dan hutang rumah tue habis dibayar. Aku layan jer lah sbb aku perlukan jugak khidmat nasihat member2 aku nie tapi buat keputusannya adalah aku! Bila aku fikir balik apa yg kawan B aku nie cakap, bila pulak aku nak stabil macam tue? Kalau harga rumah RM200k, ini bermakna aku kena bayar RM1,500 sebulan. Gaji aku pun baru nak cecah RM3k & umur pun dah lewat 20an. So bila aku nak stabil macam nie?

Kalau mengikut buku Ainon Mohd: umur 40 tahun tak yah mimpi nak meniaga. Kengkawan aku yg meniaga pun cakap umur 40tahun dah terlewat......SO? Agak-agaknyer dengan situasi aku macam nie bila masa aku nak stabil?

So aku amik keputusan, aku akan tetap dengan plan asal aku. Aku kena berubah dari sekarang, kalu tidak bila lagi? Aku tak nak dengar orang cakap,"kau dah terlewat". Akhir kata untuk diri aku khususnya dan untuk semua umumnya,"JANGAN TERLEWAT".